Sunday 29 May 2011

Barca barca barca!

Guys,so sory dah lama tak update. Blog ni ada prob sikit! Alhamdulillah dah okay balik,jgn buat hal lagi ya hehe. Semalam saya layan bola sensorang kat rumah,nak kluar pun dah pagi kan,layan bola barca vs man utd. Ajak kakak teman tapi dia teman baring sebelah je,rupa nya dia dah tdo,ngntuk sangat la tu kan hehe. Nway i'm a barca's fans! ;) Before lawan,man utd fans ramai betol update man utd gonna win la,red devil la whatsoever la,afta kalah terus diam semua nya.Chill la,kate adat permainan,susah kan zaman skrg,player2 bola okay je tapi yang tak tahan dengan kutukan fans,ada je tak puas hati .Hello apa seh.benda benda cmni lah boleh buat bergado tu dgn sikap rasa tak puas hati,ala chill la adat tu sume menang kalah. Apa apa pun semalam barca champion,barca dapat kalahkn kelab man utd. First goal di score oleh Pedro! woo i like him so handsome,hehe. Dia dapat goal kan dlm first half. Dalam first half barca dan man utd dapat seri 1-1. Alamak agak sentap,tapi takpe hehe. Second half and second goal discore oleh messiiiii. damn,i love him alot. so cute and woo terer la. tapi kesian tangan dia luka.takpe messi kuat haha - aainaa gediks*. And the last score my fav football player ever! Siapa lagi,david villa la. thanks to pedro,messi and villa for the score and good game :) To all man utd player,dn worry you guys okay la. no 2 what dapat pegi final kira okay la. Next year cuba lagi hehe. I love barca barca barca :) Congrats to barcelona! :) lots of love -Aainaa smmith-




Celebrating of champion. im happy for them too! go barca hehe

Monday 23 May 2011

Juvana!

Dari first episode till episode ke5,tak pernah 'miss' lagi eh layan cerita juvana ni,saya pantang tgk cerita kuat gaduh2 and mcm tu la like student2 wira bakti. Eh dah sampai episode ke 5,terjatuh hati pulak dekat abang shukri yahaya aka abg fit! Peh dia comel seh,suka pulak tu dia dengan watak dia.cewah gataiii pulak saya.Alah chill la,saya minat gitu je,ala ala fans gituu tak salah kan. Even dia pelakun baru,tak sombong dengan fans,insyaallah if dia dah naik dia tak sombong! By the way to all juvana's keep it up. Good luck dengan industry uolsss. Ini dia gamba fav actor saya dalam juvana haha Abang fit! -Shukri yahaya

Wednesday 18 May 2011

Exam!

 PRINSIP PERAKAUNAN & SEJARAH! Senyum,tak perlu kata apa apa,hadapi dengan senyuman ya aainaa :D hehe, akaun kertas 2 biasa la,mencabar susah nya,mula mula tengok dah nangis kejap,ahaha. Standby la nanti dapat result nya ye,kertas 1 okay la,senang sikit. bulat bulat jawapan je kan,so okay la tak nangis pun :D Afta kertas akaun 1 je,terus sejarah.nasib baik kertas 1 juga,kalau kertas 2,mampuii nak buat esei,paling tak suka sejarah mcm nak drop je tau,tapi tak oleh! so terima je la.Even kertas 1 pun,banyak soalan form4 keluar,boleh la layan je la soalan tu. So apa apa pun saya dah buat akaun and sejarah,semoga mendapat result yang okay! Amin. Esok? Shit,sejarah kertas 2 and sains kertas 2. So wish me luck guys muah! ;) Boboye!

Monday 16 May 2011

Sambutan hari guru :D

Arghh nervous!! Harini 16Mei macam biasa lah setiap tahun kat sekolah akan mengadakan sambutan hari guru,tahun ni sekolah kami Sek.Aminuddin Baki themenya apa yang guru guru kite akan jadi pada tahun 2020. sangat sporting la cikgu2 semua pakai mengikut tema hehe. Berbalik kpd nervous tadi,saya dan kenkawan kelas 5D mix dengan kelas 5E and 5F buat persembahan,persembahan pertama pulak tu,nervous nyaaaaa. Masing masing semua muka takut takut,ahaks klakar gila.Saya lagi la,takut plus segan. yela orang kaki patah kan,tiba tiba nak naik pentas sekali buat persembahan,dgn wheelchair tau naik pentas sumpah segan gila. Apa apa pun saya buat tak tahu je,saya ignore kan apa yg orang nak ckp,yg saya tahu Puan meera bangga dgn keberanian saya hihik :P Kenkawan lain juga bagi support suro join juga,saya apa lagi layan la,lagipun tahun akhir kan.kalau boleh nak masuk semua function kalau sekolah buat hehe :D Btw fasal persembahan kami? okay la,alhamdulillah dengar dengar pengetua suka persembahan kitorang,hehe suka nya :) Thanks guys,jangan risau,kite dah buat yg terbaik kan,okay la. Afta persembahan selesai,kitorg semua sama sama tengok persembahan group group yang lain,semua nya cun cun belaka ahaks! Then kami buat party kecilan surprise untuk Puan Meera,our class teacher. Kami semua bagi dia cupcakes. hope dia suka. We all love you mummy..opppss teacher meera. have a blast one.happy birthday :) Apa apa pun guys,thanks for the great day,kite akan ingat benda ni sampai bila bila okay? Kepada semua guru guru dan terutama nya yang mendidik saya,Saya mengucap kan Selamat hari guru dan terima kasih cikgu ,tanpa anda siapalah saya :) Bawah ini saya share beberapa gamba gamba di hari guru,love you guys.you guys rock! ;)













Sunday 15 May 2011

Al-fatihah buat arwah pakcik.

15/15/2011 - Harini hari saya rehatkan diri di rumah,baru balik dari kampung untuk pengebumian arwah pakcik :( alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah arwah pakcik dikebumikan hari jumaat ;)  Khamis lepas pukul 4petang saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan,pakcik saya terlibat dgn satu kemalangan peletupan shipyard di benoi,Singapore di jurong. Akibat tekanan gas yang kuat,syipyard itu meletup dan pakcik saya salah satu mangsa terlibat dari 2orang ,seorang lagi mangsa ialah rakan arwah bangladeshi meninggal dengan agak tragis.Memang tidak sangka kejadian yang sangat tragis itu rupa rupanya pakcik saya salah seorang mangsa. Banyak prosedur yang harus dilalui,jenazah dijangka sampai esok harinya dalam pukul11,jangkaan tidak tepat,jenazah sampai tepat pukul5ptg,jenazah dikeluarkan dari van jenazah dan disolatkan sekali di rumah nya.Selepas selesai di solatkan,arwah dimasukkan ke dlm van dan disegerakan ke kampung halaman kami di Endau mersing. Kesian jenazah,sudah 2hari.seksanya.Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn dengan orang2 yang beriman. Al-fatihah :'(  Di bawah ini gamba di mana kejadian berlaku

Wednesday 11 May 2011

Saya baru berblog :D

Hello hai assalamualaikum kawan kawan,saya Aainaa binti A.Samat. I'm new here, so beri tunjuk ajar sikit,ahaks! Alang alang bercerita lah saya ya,harini 11/05/11 adalah hari menjawab paper Maths! Damn,my maths was sucks and insyaAllah my result okay la. insyaAllah amin :) Macam biasa saya sekolah dengan bertongkat,selepas sebulan lepas saya mengalami injured yang teruk iaitu patah di ankle akibat salah slide semasa main softball,training uolls,till now saya trauma lagi,doc kate nak sembuh ambek masa yang lama.takpe la dah nasib saya,alhamdulillah saya punya kawan yang paham dan baik,iaitu my classmates! thanks guys,i love uols alot,hehe.Okay sambung balik,harini lepas habis exam,saya dengan kenkawan adakan practise before hari guru,yeah our group nak perform for hari guru. doakan kami berjaya amin. Practise today okay la just banyak menghafal2 lirik sikit,maklum la ramai focus kat mid year exam kan,so nak practise lirik takde masa hehe,apa apa pun harini happy dapat lepak dengan teman teman kelas,walaupun practise ala kadar,tapi okay la dari takde pape kan hehe.Apa apa pun i love my classmates! hehe :) Chaaw